Posts

Showing posts from April, 2015
Image
Aktiviti mengenal ubat hari ini sempena Minggu Anti Dadah!!!  Pertandingan nasyid dan sketsa sempena minggu anti dadah 2015
Image
Sekolah saya juga ada aktiviti untuk menjauhi dadah , dan menyedarkan kita yang dadah itu bahaya. Contoh-contoh gambar ada di bawah :
Punca Penyalahgunaan Dadah Terdapat beberapa punca atau sebab penglibatan penyalahgunaan dadah terutamanya di kalangan remaja. Di antaranya ialah: 1.      Kekurangan Perhatian Daripada Ibu Bapa Hal ini memang tidak dapat dinafikan terutamanya dalam era mengejar kesenangan hidup pada hari ini. Para ibu bapa sentiasa sibuk mencari nafkah bagi menampung kehidupan serta menyediakan keperluan asas yang bertaraf tinggi untuk keluarga. Secara tidak langsung, masa yang sepatutnya diluangkan bersama anak-anak menjadi terhad. Hal ini akan mengakibatkan remaja menikmati kebebasan yang keterlauan kerana kegiatan mereka tidak lagi diambil tahu oleh ibu bapa. Lama-kelamaan, kebebasan yang dikecapi akan membawa mereka ke lembah penagihan najis dadah. 2.      Pengaruh Rakan Sebaya Hal ini demikian kerana kebanyakan masa remaja diluangkan bersama dengan rakan sebaya mereka. Oleh itu, pemilihan rakan yang sesuai haruslah dilakukan dengan bij...
Image
LANKAH-LANGKAH MENGHINDARI DARI PENYALAH GUNAAN DADAH Terdapat pelbagai langkah untuk menghindari dari kegiatan penyalahgunaan dadah supaya ia berkurang dan kalau boleh di hapuskan sama sekali. Di antaranya ialah:- 1.      Pihak kerajaan mengenakan hukuman yang berat. Misalnya di berikan hukuman mati (gantung) bagi pengedar dadah. Hal ini adalah kerana tanpa pengedar dadah ini sudah tentu penagih akan sukar memperolehi bekalan dadah. Begitu juga kepada penagih dadah dikenakan hukuman yang berat. Sebagai contoh, hukuman bagi penyalahgunaan dadah jenis ‘Syabu’. Kesalahan mengedar dadah Syabu iaitu antara 20 gram hingga 50 gram (di bawah seksyen 3 (a) Akta Penyalahgunaan Dadah, Penggal 27). Hukuman minima adalah 20 tahun penjara dan 15 kali sebat dan  hukuman maksima pula adalah 30 tahun penjara dan 15 kali sebat.  Jika melebihi daripada 50 gram akan dikenakan hukuman mati (gantung). Manakala kesalahan bagi memakan dadah Sybu di bawah Seksyen 6 (...
Image
Kesan Penyalahgunaan Dadah Penyalahgunaan dadah banyak memberikan kesan atau akibat yang negatif kepada si penagih dadah.  Di antaranya ialah:-   1.      Tubuh badan yang siaht menjadi lemah, kurus dan tidak bermaya kerana kurang nafsu makanyang menyebabkan kurang zat-zat makanan yang diperlukan. 2.      Mudah tersinggung dan naik radang denan perasaan yang bukan-bukan kerana mensyaki dan khuatir masyarakat sentiasa menghina mereka 3.      Mata selalu merah dan berair kerana fungsi mata tidak dapat dikawal sehingga mereka terpaksa memaki kaca mata gelap untuk melindunginya. 4.      Terdapat parut dan kesan-kesan luka celar-celar, terutam di bahagian lengan (bagi mereka yang menggunakan jarum suntikan) 5.      Dari masa ke semasa menggelatar seperti kesejukkan amat sangat. 6.      Suka menjauhkan diri dari khalayak ramai ke ...
Image
Jenis-Jenis Dadah Dadah boleh dibahagikan kepada lima bahagian. 1.    Narkotik / Opait (Heroin, Morfin, Candu, Kodien & Metadon) 2.    Perangsang / Stimulants (Amfetamin, Methamfetamin, Ecstasy & Kokain) 3.    Penekanan / Depressants (Barbiturat, Trankuilizer, Alkohol) 4.    Hallucinogen (LSD, PCP, Meskalin, Psilosibin) 5.    Cannabis (Ganja, Hashish & Marijuana) JENIS-JENIS DADAH YANG POPULAR PADA MASA KINI 1.      Morfin Dikenali juga sebagai “M”, “White Stuff”, “White Powder”, “Monkey”, “Dreamer”, “Morpho”, “Tab”, “Morb”, “Cubes”, “Emsel” dan “Melter”. Morfin ialah sejenis alkaloid yang diperolehi dari candu mentah. Dalam pasaran gelap, ia selalunya diperolehi sebagai morfin mentah, bes morfin (morphine base) atau morfin sulfat atau morfin hidroklorid. Ia terdapat dalam bentuk blok, serbuk atau pil. Cara menggunakan morfin adalah dengan menyuntik ...
Image
SAYA INGIN BERBINCANG TENTANG DADAH KERANA MASALAH PENAGIH DADAH SEMAKIN MENINGKAT DAN DADAH TELAH MERAGUT NYAWA SEMUA RAKYAT JADI SAYA INGIN MENUNJUK GAMBAR-GAMBAR PENAGIH DADAH:
Image
Definisi Dadah DEFINISI  DADAH Dadah atau ‘Drug’ dalam bahasa Inggeris lazimnya diertikan sebagai ubat-ubatan. Perkara penting mengenai dadah ialah ianya selalu di salah guna atau ‘misuse’ dan ‘abuse’ Selain itu, dadah juga bermaksud bahan yang digunakan untuk merawat  penyakit , mengurangkan simptom atau mengubasuai proses  kimia  di dalam badan untuk tujuan-tujuan tertentu. Walau bagaimanapun, bukan semua bahan yang dimakan dianggap dadah. Misalnya,  makanan  yang dimakan secara normal tidak dianggap sebagai dadah melainkan makanan tersebut diambil khas untuk tujuan tertentu (contohnya kafeina sebagai perangsang). Dari sudut agama, dadah juga dibincangkan secara khusus. Di dalam kitab suci Al-Quran, istillah “Khamar” yang diharamkan digunakan bagi semua bahan yang memabukkan atau boleh menghilangkan fikiran. Oleh yang demikian, dadahboleh dikategorikan sebagai satu daripada jenis “Khamar” kerana ia boleh memabukkan, mengkhayalkan, dan menyebab...